Wednesday, October 20, 2010

PENGENALAN AKTIVITI



PENGENALAN

Hari Keluarga Kelab PPKT Kampus Kejuruteraan, USM yang dikelolakan oleh Biro Sukan & Rekreasi, Kelab PPKT merupakan salah satu aktiviti kelab bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua staf PPKT bersama ahli keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti  seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.  Penganjuran hari keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan PPKT tanpa mengira bahagian,jawatan serta latarbelakang.  Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa hari keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara sesama staf  dan keluarga. Adalah menjadi harapan setiap warga PPKT agar aktiviti hari keluarga kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.


OBJEKTIF

Memberikan ruang kepada staf PPKT untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.
Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf dan ahli keluarga PPKT.
Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf PPKT sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.


TARIKH, MASA, TEMA DAN TEMPAT

Tarikh: 13 November  2010  (Sabtu)
Masa  :  8.00 pagi hingga 7.45 malam
Tema  :   Bersantai Di Taman Tema Air
Tempat:    THE CARNIVALL WATER THEME PARK


SASARAN/PESERTA
Semua staf PPKT  bersama ahli keluarga


KESIMPULAN
Dengan terlaksananya Hari Keluarga Kelab PPKT, Kampus Kejuruteraan Usm, diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah dikalangan staf dan ahli keluarga PPKT, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf PPKTseterusnya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.Di samping itu, semoga program seumpama ini dapat menjalin semangat kerja berpasukan dan bertanggungjawab serta meredakan tekanan di tempat kerja dengan konsep santai dan relax bersama keluarga dan teman sekerja.


///zhc///