Syarat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Rintitan dari Mesyuarat Xsekutif Kelab yang telah dijalankan pada 27/10/ 2010, beberapa perkara telah diputuskan.
Hasil daripada mesyuarat 1/11/2010 ,setelah memanggil kesemua Ahli Jawatankuasa Penggerak, terdapat sedikit lagi pertambahan.
Perkara-perkara tersebut ialah:-

1. Staff PPKT tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menyertai Hari Keluarga 2010 (ditanggung oleh Kelab PPKT) .
2. Hanya suami/isteri/ ibu Bapa/rakan/anak-anak berusia 12 tahun keatas akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10 sahaja.
3. Anak- anak berumur 12 tahun dan  ke bawah adalah percuma (ditanggung oleh Kelab PPKT).
3. Kepada staf yang sudah berkahwin, hanya pasangan dan anak-anak sahaja dibenarkan menyertai aktiviti ini.
4. Kepada staf yang bujang, anda boleh membawa bersama ibu bapa/adik-beradik/ rakan bersama,tetapi had maksimum hanya 2 orang.
5.Bagi anak-anak berumur 4 tahun dan ke bawah, makanan tidak disediakan. Semasa buffet lunch & BBQ, bolehlah berkongsi dengan penjaga. Packed Food hanya diberi kepada dewasa dan kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke atas.
6. Untuk cabutan bertuah, semua ahli Kelab PPKT dilayakkan untuk menyertainya, tidak kira samada yang tidak dapat menyertai aktiviti ini.
7.Cenderahati kepada setiap peserta yang menyertai aktiviti ini turut akan diberi kepada ahli Kelab PPKT yang tidak dapat menyertai aktiviti ini.

Untuk urusan pembayaran, boleh hubungi Pn. Suzilawati (Bendahari Kelab PPKT) selewat-lewatnya 3/11/2010.

PERKARA TAMBAHAN.

1. Pihak jawatankuasa telah sebulat suara untuk menyeragamkan warna baju semua ahli Kelab PPKT dan ahli keluarga. Untuk semua ahli Kelab PPKT, baju Family Day Outing 2010 akan diberi percuma (cenderahati).
Kepada ahli keluarga, bayaran RM13 akan dikenakan (TIADA PAKSAAN). Sekiranya tidak berminat, anda semua disarankan untuk memakai baju dengan tema warna yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk memudahkan kita mengenali sesama kumpulan kita semasa aktiviti ini dijalankan.

2. Sila berjumpa dengan Pn. Norzalia untuk mengisi borang cabutan bertuah bermula 3/11/2010 sehingga 11/11/2010.Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua Ahli Kelab PPKT. Hadiahnya agak lumayan kerana semuanya ditaja.

3. Pihak Jawatankuasa Penggerak telah melantik En. Mazli untuk mengetuai konvoi kita dari PPKT ke The Carnival. Kepada yang akan bertolak dari PPKT, sila maklumkan kepada Pn. Nurul Lela dengan kadar segera. Riben akan diberi percuma untuk mencantikkan lagi kereta anda.

4. Kepada yang berminat untuk membawa keluarga anda melawat Galeri Meteor, sila maklumkan kepada Pn. Nurul Lela. Bayaran istimewa dikenakan kepada kumpulan kita iaitu hanya Rm 2.00 seorang, samada kanak-kanak mahupun dewasa.

5. Gelang tiket akan diberikan kepada dewasa & kanak-kanak 5 - 12 tahun sahaja.Staf PPKT perlu bertanggungjawab ke atas gelang tersebut.Sekiranya dihilangkan, denda akan dikenakan oleh pihak The Carnivall Water Theme Park.

Semoga apa yang diputuskan ini dapat diterima oleh semua staf dengan hati yang terbuka dan kita semua dapat mencapai objektif aktiviti ini..

p/s- segala yang ternyata di atas boleh diubah untuk keselesaan mengikut budi bicara Ahli Jawatankuasa Induk aktiviti ini.

///zhc///