Site Visit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Pada 25 Oktober 2010, Wakil Jawatankuasa Hari Keluarga 2010 telah membuat lawatan dan perbincangan dengan pihak The Carnivall Water Theme Park.Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit ini tidaklah begitu sukar kerana terdapat banyak papantanda menuju ke sana selepas susur keluar Sg. Petani (Utara) yang boleh diikuti.
Antara yang telah dibincangkan adalah mengenai harga pakej yang ditawarkan, persediaan yang diperlukan dan lawatan ke kawasan mengikut aturcara yang telah dirangka.

Pintu Masuk Utama

Kaunter Tiket

Lot Parking ( Insyaallah, kita akan cuba reservekan)

Pentas & Kawasan Senamrobik

Air Pancut

Pentas

Lokasi BBQ

Jalan Utama Menuju Water Theme Park

Gelanggang Paint Ball




Pintu Masuk Water Theme Park



Yellow- Child / Pink- Adult


Changing Room

Locker- Tapi kena bayar









Toilet




 Lunch Buffet Hall


Surau




Kedai Cenderahati

 Di pintu masuk utama, terdapat Meteor Gallery yang akan membawa anda semua ke alam angkasa lepas. Untuk masuk ke galeri ini, bayarannya tidak termasuk dengan pakej yang telah dipilih. Tetapi, sekiranya para peserta berminat, jawatankuasa boleh mengaturkannya dengan bayaran istimewa yang dikenakan secara berkumpulan.
Insyaallah, galeri ini akan menghiburkan anda sekeluarga disamping menambahkan ilmu pengetahuan..






Angkasawan Ke-2 Malaysia : )






 Hasil perbincangan ini akan dibincangkan sekali lagi pada Mesyuarat X-sekutif Kelab yang akan diadakan pada 27/10/2010 nanti.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Semoga aktiviti ini akan dijalankan dengan jayanya..


///zhc///